Beberapa wanita yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat kerana kesalahan berkhalwat di Seremban, kelmarin.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu mulanya cuba melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa namun dia berjaya ditahan.
Pengarah JHEAINS, Datuk Johani Hassan berkata, lelaki itu adalah antara tujuh yang ditahan pihaknya kerana berjudi di sebuah premis menjual nombor ekor dalam operasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Ahmad Husaini Mustafa.
"Mereka yang ditahan berusia antara 30 hingga 60-an. Mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 79(a) Enakmen Jenayah Syariah 2003 kerana berjudi dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi hari ini.


0 Komen