Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Cermin teksi milik petugas Pakatan Rakyat dipecahkan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 26 April 2013


NUR SHARIEZA ISMAIL
26 April 2013
Cermin teksi milik petugas Pakatan Rakyat dipecahkan
Calon DAP Dun Temiang, Ng Chin Tsai dan Satar (kanan) menunjukkan kesan pecah pada cermin bahagian belakang teksi miliknya.
SEREMBAN – Cermin bahagian belakang dan depan teksi milik seorang petugas Pakatan Rakyat (PR) yang diletakkan di hadapan rumahnya di Taman Sri Pulai 3, di Temiang, dipercayai jadi mangsa khianat apabila dipecahkan dalam kejadian awal pagi, semalam.

Keadaan itu disedari mangsa, Satar Lebar, 45, apabila dia masuk ke dalam kereta dan mendapati kerusi bahagian hadapan dipenuhi serpihan cermin berselerakan di bawah kerusi, kira-kira jam 5.45 pagi.

Satar yang bekerja sebagai pemandu teksi hampir 17 tahun berkata, pada awalnya dia menyangka pasir bertaburan pada kerusi hadapan memandangkan keadaan waktu itu gelap.

“Disebabkan rasa tidak sedap hati, saya buka lampu dalam kereta. Saya lihat bahagian kerusi belakang dipenuhi serpihan cermin halus.

“Pada awalnya saya ingatkan ada orang buang cermin di dalam kereta. Tapi bila saya undur kereta, tiba-tiba cermin belakang berderai. Kemudian saya lihat cermin depan juga ada kesan rekahan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, teksinya berada dalam keadaan baik dan dia memandu ke bilik gerakan jentera 7 Taman Desaru Dun Temiang.

“Saya balik ke rumah dari bilik gerakan tersebut kira-kira jam 2 pagi dan meletakkan kenderaan berkenaan depan rumah dengan keadaan keempat-empat tingkap turut ditutup. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi.

“Bagaimanapun, tiada sebarang harta benda peribadi yang hilang. Kerugian dianggarkan RM1,200,” katanya yang memberitahu ini kejadian pertama menimpanya sejak aktif berpolitik sejak 15 tahun lalu.

Katanya, laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Seremban 2.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook