Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Dua minit kawal kebakaran

Dikirim oleh Warieh Ahad, 7 April 2013


Wartawan Sinar Harian
7 April 2013
Dua minit kawal kebakaran
Barang elektrik di kedai terbabit yang musnah terbakar.
KUALA PILAH – Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah menutup suis utama kedai barangan elektrik berjaya mengawal api daripada merebak dengan mengambil masa hanya dua minit.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Mazlan Jantan berkata, pihak bomba menerima panggilan jam 8.15 pagi dan bergegas ke tempat kejadian yang berada di Jalan Tung Yen.

Menurutnya, sewaktu tiba di tempat kejadian, kedai milik Teh Ching Shing masih belum dibuka.

"Pemilik baru mengemas barang sebelum membuka kedai jam 9 pagi. Difahamkan Ching Sing terhidu bau hangit sebelum melihat api marak di bahagian belakang kedai.

"Sewaktu anggota bomba tiba, api sudah 40 peratus merebak dan pihak bomba berjaya menutup suis utama bekalan elektrik sebelum memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.

Mazlan berkata, tindakan menutup suis utama itu bagi mengelakkan api marak dengan lebih pantas ekoran masih ada arus elektrik.

"Selain itu, kita juga berusaha mengurangkan jumlah kerugian berikutan terdapat barangan elektrik mangsa terbakar dan rosak," katanya.

Katanya, api berjaya dikawal daripada merebak ke kedai fotostat di sebelah kiri dan poliklinik di sebelah kanan.

"Dengan kekuatan sebuah jentera melibatkan enam anggota bomba, api berjaya dikawal baik dan ketika pemadaman tiada kesulitan yang berlaku.

"Tekanan air yang kuat berjaya membantu pihak bomba memadamkan api dalam tempoh singkat. Punca kejadian dan jumlah kerugian mangsa masih dalam siasatan dan insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook