Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Duit kahwin hangus angkara ejen ramalan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 9 April 2013


Wartawan Sinar Harian
9 April 2013 

 
Duit kahwin hangus angkara ejen ramalan
Surendran menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
ALOR GAJAH - Kerana terlalu percaya pada tawaran lumayan ejen nombor ramalan, seorang kerani terpaksa menunda perkahwinan apabila wang simpanannya hampir RM35,000 lesap.

Kejadian bermula September tahun lalu apabila mangsa, A.Surendran, 29, membaca satu risalah yang dihantar dari rumah ke rumah sebelum dia menghubungi nombor dalam kertas berkenaan.

Menurut Surendran, dia yang hanya mencuba nasib menghubungi nombor itu sebelum panggilan disambut seorang lelaki yang mendakwa memenangi hadiah RM1 juta.

 “Tawaran itu terlalu lumayan apatah lagi saya perlukan duit untuk kahwin yang dirancang hujung tahun ini, menyebabkan saya setuju dengan arahan diberikan," katanya.

Menurutnya, dia yang mempercayai habuan itu membayar RM280 sebagai permulaan untuk urusan hadiah.

“Sejurus selesai masukkan wang terbabit, saya menghubungi lelaki itu sebelum diminta mengikut arahan pembayaran kedua dan seterusnya sehingga lapan kali urusan transaksi di bank sama membabitkan kira-kira RM35,000.

Malah, katanya, bukan saja wang simpanan habis, dia turut menggadaikan barang kemas milik ibu dan adik beradiknya.

Berikutan kejadian itu, Surendan membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang iklan yang menawarkan hadiah lumayan sebegitu," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook