Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


MCA: Kit Siang tanding di Gelang Patah kerana mahu lari

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 April 2013



9 April 2013
PRU13
PRU13
SEREMBAN - Tindakan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mahu 'melarikan diri' dari pengundinya di Ipoh Timur, dakwa Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr. Yeow Chai Thiam.
Yeow berkata, Lim telah gagal memberikan perkhidmatan kepada pengundi di kawasan lamanya.
Beliau (Lim) berhijrah ke kawasan lain yang mana pengundinya tidak mengetahui rekod sebenar perkhidmatannya dan berharap mereka di Gelang Patah mengundinya, tambah Yeow.
"Berdasarkan sejarah DAP, mereka tidak akan bertanding di kawasan yang sama lebih daripada dua penggal...seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dan anaknya Lim Guan Eng pun sama.
Bercakap kepada Bernama hari ini, Yeow berkata Lim jelas tidak mengendahkan pengundinya di Ipoh Timur, tetapi ke Gelang Patah demi mencapai kepentingan peribadi.
Justeru, Yeow berkata, rakyat dan pengundi di Gelang Patah khususnya perlu bijak menilai perkara ini.
Menyentuh hasrat pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chennah dan meninggalkan kawasannya sebelum ini iaitu DUN Lobak, Yeow berkata ini satu lagi bukti anggota parti itu gemar melarikan diri selepas gagal berkhidmat.
"Kalau dia berani, sahutlah cabaran parti MCA ini dan baliklah bertanding di Lobak berdepan dengan seorang pemimpin muda MCA," katanya. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook