20 April 2013
Mereka adalah Datuk Kamarul Baharin Abbas bagi kerusi Parlimen Teluk Kemang, Aminuddin Harun (Dun Sikamat), Chai Tong Chai (Dun Chuah) dan M.Ravi (Dun Port Dikson).
Kamarul Baharin turut bertanding kerusi Dun Ampangan menggantikan Rashid Latiff yang sebelum ini mengesahkan tidak bertanding.
Keputusan diumumkan di Pejabat Perhubungan PKR, Rahang, semalam, turut menjawab spekulasi Kamarul Baharin yang juga Pengerusi PKR negeri akan bertanding di Dun Ampangan.
Pada majlis pengumuman semalam, PKR mengesahkan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dun.
"Kita menetapkan 70 peratus muka baru, manakala daripada 15 calon, hanya lima nama sahaja yang bertanding pada PRU12, dicalonkan kerusi sama," katanya.
Menurutnya, nama tersebut termasuk Aisah Lamsah yang diletakkan bertanding di Dun Rantau menentang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan buat kali kedua selepas PRU12 lalu.
Manakala, sembilan muka baru yang dicalonkan adalah Ketua AMK negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus (Kuala Pilah); Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Radzali A.Ghani (Rembau); Muhammad Syamwill Mertadza (Pertang); T.Kumar (Jeram Padang); Rosli Omar (Juasseh); Tengku Zamrah tengku Sulaiman (Seri Menanti); Mohamad Nazaruddin Sabtu (Pilah); Rosman Jonet (Linggi) dan Karip Mohd Salleh (Gemas).
0 Komen