Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


'Rasa nak menitis air mata'

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 20 April 2013


Wartawan Sinar Harian
20 April 2013
bantuan
Khairy (tiga, kanan) dan Halimah di hadapan rumah barunya sempena Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baru di Kampung Lada, kelmarin.
REMBAU – “Rasa nak menitis air mata bila rumah baru dibina atas tapak rumah lama yang terbakar Julai tahun lalu dapat didirikan sebelum pilihan raya, walaupun sebelum ini janji pembinaannya selepas itu,” kata Halimah Abdul Hamid, 65, ketika ditemui di Kampung Lada, di sini, kelmarin.

Pada majlis berkenaan, Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bakal bertanding  mengekalkan kerusi  sama, menyempurnakan simbolik Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baru bernilai kira-kira RM30,000 kepada Halimah.

Halimah berkata, susulan insiden kebakaran berkenaan, pemimpin setempat dan Khairy ada datang melawatnya serta berjanji mendirikan kembali rumah berkenaan selepas PRU13 kerana menyangka ia diadakan pada penghujung tahun lalu.

“Alhamdulillah, walaupun begitu, janji diberikan tetap ditunaikan.

"Apa yang lebih menggembirakan ialah rumah baru ini lebih sempurna berbanding rumah sebelum ini yang hanya dilengkapi kemudahan satu bilik.

“Jika diikutkan, rumah yang terbakar berkenaan hanya merupakan sebuah rumah tanpa bilik semasa didirikan pada 1997 menggunakan duit arwah suami saya, Ahmad Zainuddin Abdul Manap,” katanya.

Hadir sama, penyandang kerusi Dun Kota, Datuk Dr. Awaludin Said dan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Chengkau, Abdul Latif Alias.

Halimah berkata, disebabkan ingin menambah sumber pendapatan yang hanya bergantung kepada wang pencen, dia akhirnya menjadikan rumah berkenaan sebagai rumah sewa dengan kadar sewa RM100 sebulan.

“Buat masa ini, saya belum terfikir untuk menyewakan rumah baru kerana saya bercadang untuk menyambut hari raya di rumah baru ini bersama keluarga saya.  Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan BN kerana menunaikan janji mereka kepada saya, " katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook