Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Sanggup tolak salam

Dikirim oleh Warieh Selasa, 23 April 2013


Wartawan Sinar Harian
23 April 2013
GEMAS – Calon Pas bagi kerusi Parlimen Tampin, Abdul Razakek Abdul Rahman berhadapan cabaran besar untuk meraih undi jika pengundi di kawasan itu adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, dalam 100 individu terdapat tujuh hingga lapan daripada mereka yang menolak untuk bersalam dengannya, malah tidak mahu menerima risalah yang diedarkannya mengandungi biodata dan manifesto Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tahu bukan mudah untuk laksanakan perubahan di sini, namun, ini adalah kali ketiga saya bertanding dan saya lihat persepsi rakyat sudah mula berubah dan semakin positif.

“Oleh itu, kita telah mempergiatkan lagi usaha meraih undi dengan menyasarkan lokasi awam seperti pasar tani, dan kediaman di kampung tradisional, tanah rancangan serta kawasan perumahan bagi membawa mesej perubahan PR,” katanya ketika ditemui di Pekan Pasir Besar, dekat sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Razakek berkata, pihaknya juga mengkhususkan Dun Gemencheh dan Gemas dalam melaksanakan pelbagai aktiviti mendekati rakyat memandangkan kawasan tersebut majoritinya pengundi Melayu.

Katanya, gerak kerja seperti ceramah semakin giat dilaksanakan setiap hari dan tagline “Ini Kalilah” benar-benar mendapat respons yang positif dalam kalangan pengundi setempat yang mahukan perubahan.

“Apa pun kita pasti akan berjumpa dengan semua pengundi di Tampin bagi menyebarkan mesej perubahan kita walaupun dari rumah ke rumah. Ini kalilah kita ubah,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook