12 Mei 2013
Suara kekesalan itu diluahkan tujuh NGO di negeri ini iaitu Dewan Perhimpuan Cina Negeri Sembilan (NSCAH), Pertubuhan Ikram Malaysia cawangan Negeri Sembilan (Ikram), Skuad Mubaligh Negeri Sembilan, Muslim Reverts Association, Wadah, Jaringan Tertindas Rakyat (Jerit) dan Persatuan Kebajikan Penghuni Rumah Sri Ragharandra.
Yang Dipertua Ikram, Badlishah Baharin berkata, pihaknya menolak politik perkauman yang semakin membimbangkan kini.
“Kita amat khuatir dengan keadaan negara sekarang apabila ada pihak cuba mengapi-apikan isu perkauman, kononnya wujud tsunami Cina.
“Beberapa blogger dan media arus perdana (bukan Sinar Harian) dilihat cuba melaga-lagakan kaum Melayu dengan Cina di negara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Dewan Perhimpunan Cina negeri, Temiang, di sini, semalam.
Menurutnya, wakil NGO di negeri ini mahu isu perkauman tersebut dihentikan segera demi kesejahteraan dan keamanan negara.
“Kita tidak mahu isu ini berlarutan kerana bimbang akan berulang kejadian 13 Mei yang menjadi sejarah hitam negara.
“Semua kaum di negara ini mempunyai kekuatan masing-masing dan negara memerlukan kerjasama ketiga-tiga kaum untuk menggerakkan Malaysia ke tahap lebih maju,” katanya.
Bagi Pengerusi NSCAH, Lau Chee Boon, kerjasama erat antara kaum di negara ini perlu bagi mewujudkan semangat setiakawan.
“Tiada istilah tsunami Cina seperti diwar-warkan banyak pihak. Kaum Melayu, Cina dan India saling memerlukan di negara ini.
“Perubahan Kerajaan Pusat dan Negeri mustahil akan berlaku jika tanpa kerjasama ketiga-tiga kaum,” katanya.
Cina ataupun kaum lain harus tahu yg mereka menumpang di rumah melayu (kecuali kaum peribumi), iaitu tanah melayu yg mereka duduk utk sekian lama. Org melayu penuh dgn budi bahasa dan sopan santun yg sentiasa melayan tetamu yg bertandang ke rmh. Kalau dah menumpang tu, buatlah cara menumpang.. kenalah ikut rentak tuan rumah.. xkan nak pakai tandas ke, makan minum ke, tgk tv ke dan lain2 lagi nak berebut or bersaing dgn tuan punya rumah! akai ada ka?? Dah menumpang, diambik pulak tuan rmh sebagai keluarga angkat, dah jadi keluarga angkat dia pulak nak tuan rumah tu melebihkan dia dari anak2 tuan rumah sendiri. Mcm ni pun ada ka??
Org melayu mmg terkenal dgn budi bahasa dan sopan santun.. tapi... kena ingat, selain dr itu, org melayu terkenal dgn darah pahlawan yg mengalir di dalam badan mereka. Seelok eloknya perkara ini diselesaikan secepat mungkin sebelum perkataan "JIHAD" terkeluar dr mulut org2 melayu yg naive dan pendek akal. Mmg semua kaum kena bekerja sama utk memantapkan lg ekonomi dan kesejahteraan negara.. Tapi suatu ketika dulu, di zaman kesultanan melayu melaka, negeri melaka sangatlah maju dr segi ekonomi dan perdagangan dan setanding dgn negara2 besar ketika itu dan pada masa itu semuanya diusahakan oleh org melayu dari kerajaan kesultanan melayu sendiri dan tiada campur tangan kaum lain. Jd tanpa cina, kita org melayu boleh maju x?? Jadi.. utk kaum CINA, kalau nak duduk kay malaysia ni, ok jer.. kalau nak keluar pun ok jer.. yg penting kena faham la asal usul tu ye..
ko berjihad la sorang-sorang cakap macam tak der akal, cina ke india ke semua manusia..Allah SWT yang ciptakan jangan la nak claim ini bumi melayu la apa la, apa ingat kami ni bangsa cina kami ni tak ada perasaan, bagaimana pula kami yang islam yang bersaudara berkahwin dengan orang melayu, fikirlah dulu sebelum menaip, kita sama-sama bersaudara, hidup dah lama bersama jangan nak tuding jari asyik pada cina. kami rasa kerajaan BN tak mampu lagi perintah, itu saja. kami cina, melayu, india sama-sama nak merasa hidup dalam ekonomi yang baik dan stabil, kamu guna wang boleh beli rumah, makanan, pendidikan, transport. jangan nak marah-marah tak tentu pasal.
punca sebenar kekalutan ini UMNO lah, berapa lama perintah org melayu tak sampai pun ekuiti 30%. ada bukit bagi cina, ader pantai bagi cina, projek berbilion-bilion bagi ali baba yang untung cina, bila dah parah mula nak salahkan cina fikirlah dulu UMNO dulu dan sekarang berbeza sekali, mungkin org kampung boleh termakan provokasi kamu tapi tidak kami melayu bandar.