Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Ruang tamu dipenuhi besen

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
14 Mei 2013
Ruang tamu dipenuhi besen
Dr Emel (kiri) dan Kamel (kanan) bertanya khabar keadaan Hindon ketika melihat bumbung rumahnya yang sudah usang.
JOHOL – "Bila hujan, ruang tamu rumah saya akan dipenuhi lapan besen yang digunakan untuk menadah air," kata seorang ibu tunggal yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Lending dekat sini.

Hindon Husin, 70, berkata, selepas kematian suaminya beberapa tahun lalu, dia tinggal di rumah pusaka keluarganya itu bersama anak bongsu lelakinya yang hanya bekerja kampung.

"Ketika suami masih ada dulu, dia ada baiki sikit-sikit bumbung yang bocor tetapi sejak arwah tiada, keadaan rumah terutama bumbung makin teruk.

“Setiap kali hujan, lapan besen perlu disediakan untuk menadah air hujan di ruang tamu. Mujur di bilik tidur tiada bumbung yang bocor,” katanya.

Menurutnya, dengan pendapatan tidak seberapa anaknya, tidak mungkin mereka dapat membaiki rumah itu.

"Belanja, makan minum seharian semua bergantung kepada hasil kerja kampung anak makcik ini. Alhamdulillah, meskipun rasa tidak cukup, tetapi kami mampu makan dan minum.

“Pendapatannya hanya cukup untuk tampung perbelanjaan dapur. Jika mahu baiki bumbung memang tidak mampu,” katanya ketika ditemui di rumahnya sempena lawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Emel Faizal Mokhtar bersama Pengarah Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Datuk Mohamad Kamel Mohamad Yusuf.

Penderitaan Hindon sekeluarga berakhir apabila mendapat perhatian daripada Yayasan Felda melalui skim Kasih Felda yang menghulurkan bantuan baik pulih bumbung berjumlah RM5,000.

Hindon berkata, terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi membantu. Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

“Makcik sangat gembira kerana ada orang sudi bantu. Bumbung rumah makcik memang sudah usang, sana sini ada sahaja bocor.

"Selepas siap kerja-kerja baiki bumbung, makcik tidak perlulah tadah air hujan lagi,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, kerja-kerja baiki bumbung rumah sedang dilakukan dan ia mengambil masa lebih kurang dua minggu.

Untuk rekod, skim Kasih Felda ini bukan sahaja membaiki bumbung semata-mata tetapi turut menyediakan bantuan dari segi baiki dinding dan lantai rumah khususnya kepada golongan kurang berkemampuan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook