Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Terselamat jadi mangsa dagang

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 10 Mei 2013


SYAMILAH ZULKIFLI
10 Mei 2013
SEREMBAN – Enam pelajar warga Filipina berjaya diselamatkan daripada berterusan menjadi mangsa eksploitasi lima rakyat tempatan yang memperdaya mereka bagi mengaut keuntungan kononnya menyediakan peluang menjalani latihan industri di negara ini dengan bayaran RM6,000.

Namun, taktik kotor kesemua lelaki terbabit akhirnya dapat dihidu Jabatan Imigresen menerusi aduan orang awam yang membawa penahanan mereka di sebuah hotel di Port Dickson di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya telah menjalankan risikan dengan mengesan gerakan individu yang terlibat dengan kegiatan ini di Petaling Jaya dan Taman Segar, Cheras sehingga membawa penahanan mereka di sebuah hotel di Port Dickson.

“Dalam operasi dijalankan, seorang pengurus sumber manusia sebuah hotel ditahan di bawah Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 bersama empat lelaki kerana disyaki bersubahat di bawah Seksyen 56 (1) (a) (c).

“Manakala enam pelajar warga Filipina terbabit yang masing-masing berusia 20 tahun ditahan ketika sedang mengambil tempahan makanan pelanggan dan tidak menjalankan latihan industri,” katanya.

Menurutnya, empat lelaki terbabit yang masing-masing berusia lingkungan 40-an ditahan reman untuk siasatan lanjut di Balai Polis Seremban manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Faizal berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, pihak hotel serta kesemua lelaki terbabit bertindak sebagai ejen di negara ini telah bekerjasama dengan ejen di Filipina kononnya menyediakan tempat latihan praktikal industri.

“Pelajar terbabit dikenakan bayaran RM6,000 setiap seorang yang dibayar kepada ejen di Filipina sebelum dibawa masuk ke negara ini.

“Malah, maklumat ini disahkan lagi dengan penemuan dokumen perjanjian antara pihak hotel dan ejen tempatan terbabit bagi memastikan masing-masing memperolehi keuntungan,” katanya.

Faizal berkata, sebagai perjanjian pihak hotel pula perlu membayar elaun sebanyak RM500 kepada pelajar terbabit atas khidmat mereka selain perlu membayar RM500 bagi setiap pelajar kepada ejen.

Katanya, pelajar terbabit diperdaya kononnya mereka disediakan tempat untuk mengikuti latihan praktikal industri selain peluang pekerjaan tetapi sebaliknya dipergunakan bagi mengaut keuntungan.

Katanya, siasatan masih diteruskan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook