Tampin: “Memang saya terkejut dan tidak menyangka dua anak lelaki
saya meninggal dunia serentak, tetapi reda dengan pemergian mereka,”
kata Zainal Sabu, 49, yang kehilangan dua anak lelaki yang maut dalam
kemalangan di Kilometer 4, Jalan Tampin-Gemas, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, Amirul Asri, 23, dan Amirul Naim, 21,
yang menaiki kereta Proton Satria dikatakan dalam perjalanan balik ke
rumah di Desa Permai, dekat sini, selepas menjamu selera di sebuah
restoran di pekan Tampin, kira-kira jam 12.05 tengah malam.
Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Amirul
Asri bertembung dengan sebuah Proton Satria Neo dinaiki empat sekeluarga
dari arah bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan bahagian depan depan kereta dinaiki mangsa remuk menyebabkan dua beradik itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) menaiki ambulans sebelum disahkan meninggal sebaik tiba di hospital.

KEADAAN kereta Proton Satria yang dinaiki dua beradik.
Empat lagi mangsa yang belum dipastikan identiti mereka dan hanya dikenali sebagai Hafizan (pemandu), isterinya, Azma yang mengandung dan dua lagi penumpang, Azman dan Khairul cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
0 Komen