Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Lihat rakan terbaring kaku

Dikirim oleh Warieh Rabu, 12 Jun 2013


Nor Ainna Hamzah
12 Jun 2013
Lihat rakan terbaring kaku
Kalivanan ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas bangku di luar kedai Boon Chuan, semalam.
Lihat rakan terbaring kaku
Boon Chuan melakonkan kembali keadaan Kalivanan ketika ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas bangku di luar kedainya, semalam.
TAMPIN - Seorang penulis awam di bandar ini terkejut apabila melihat sekujur tubuh rakannya terbaring kaku di atas bangku di luar premis perniagaannya, dekat sini, semalam.

Gan Boon Chuan, 76, berkata, dia seperti biasa mahu membuka kedai kira-kira 7.45 pagi dan terkejut melihat rakannya, V Kalivanan, 42, yang dikenali sejak lima tahun lalu terbaring seolah-olah tidur.

Menurutnya, dia cuba mengejutkan mangsa namun berasa hairan kerana rakannya itu tidak bangun selain berwajah pucat.

"Bimbang melihat Kalivanan yang tidak sedarkan diri, saya bergegas memanggil anggota sebelum mereka turut menghubungi kakitangan hospital untuk memeriksa keadaan mangsa," katanya.

Boon Chuan berkata, rakannya itu sememangnya menetap di luar kedainya yang merupakan bahagian kabin kira-kira lima tahun lalu.

"Saya tidak tahu kenapa dia menetap di sini, namun dia seorang yang baik dan kami tidak pernah bergaduh besar.

"Kali terakhir kami berbual, dia ada mengadu menghadapi masalah kesihatan dan kakinya membengkak. Saya menyuruhnya ke hospital, namun dia enggan berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung kes berkenaan dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk proses bedah siasat.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook