SEREMBAN – Sebuah syarikat pemaju perumahan dikenakan denda sebanyak
RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas kesalahan
menjalankan projek perumahan tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian
Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Penolong Pengurus syarikat, Ten Wee Seong, yang hadir mewakili syarikat berkenaan mengaku bersalah di hadapan Hakim, Kanageswari Nalliah setelah pertuduhan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar negeri, Abdul Razak Yasin.
Syarikat Sepang Cemerlang Sdn Bhd melakukan kesalahan di Batang Benar, Nilai itu turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa telah menjalankan kerja-kerja tanah bagi aktiviti yang tertakluk di bawah aktiviti tujuh dalam Jadual Perintah Dua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling iaitu pemajuan projek perumahan melebihi 50 hektar tanpa sebarang kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kesalahan itu telah dilakukan di PT27160, mukim Sentul daerah Seremban pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 10.15 pagi hingga 1 petang.

0 Komen