Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Perparitan tidak sempurna

Dikirim oleh Warieh Isnin, 3 Jun 2013


Norafidah Assan
2 Jun 2013
Perparitan tidak sempurna
Manickam (dua, kiri) bersama penduduk melihat longkang yang perlu dinaik taraf.
PALONG SATU- Masalah longkang tidak sempurna antara isu yang dibangkitkan penduduk sekitar Felda Palong Satu, di sini kepada pihak bertanggungjawab berikutan bimbang banjir besar akan berulang seperti tiga tahun lalu.

Adun Jeram Padang, L.Manickam berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa longkang yang perlu dinaik taraf atau dibaik pulih di kawasan itu.

“Setakat ini, saya buat tinjauan dan lawatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti masalah penduduk Felda Palong Satu termasuklah di Dun Jeram Padang ini secara berperingkat.

“Ada juga beberapa perkara lain berbangkit antaranya jalan gelap di Felda Palong Satu memerlukan cahaya lampu jalan. Bangunan kedai tiada longkang menyebabkan air tidak mengalir dengan sempurna.

“Perancangan seterusnya pula akan dilakukan selepas meneliti segala maklumat berkaitan, dan saya maklumkan kepada penduduk apa yang perlu diselesaikan,” katanya  selepas membuat lawatan di kawasan Felda Palong Satu, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Palong Satu, Mohd Nor Mahmud.

Untuk rekod, sekitar tiga tahun lalu hujan lebat sejak beberapa hari lalu memaksa 100 penduduk Felda Palong Satu termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggalkan kediaman mereka selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir.

Kesemua mangsa terdiri daripada 16  keluarga mula dipindahkan kira-kira jam 5 petang.

Namun, berdasarkan maklumat yang diterima laluan utama ke Palong Satu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berikutan air yang semakin naik menjelang pagi.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook