Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran
Kejadian kira-kira jam 9.36 pagi itu menyebabkan 60 peratus struktur dalaman premis terbabit musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang, Hamizin Khaidir berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.36 pagi dan sampai empat minit kemudian.
“Sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang serta Seremban 2 bersama 13 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi bagi memadam kebakaran.
“Sebaik sahaja kami sampai, api masih berada dalam keadaan terkawal namun kami perlu berusaha secepat mungkin memadam api berikutan terdapat barangan di dalam premis mudah terbakar,” katanya.
Bagaimanapun Hamizin berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.47 pagi dan hanya 60 peratus bahagian premis musnah.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada individu berada di dalam premis berkenaan.
“Siasatan lanjut mengenai punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan namun pemiliknya bernasib baik apabila api berjaya dikawal awal daripada terus merebak pada simpanan kayu yang berada di luar premis,” katanya.


0 Komen