Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pekerja Klana Resort terima imbuhan gaji

Dikirim oleh Warieh Selasa, 30 Julai 2013



SEREMBAN - Seramai 181 pekerja hotel milik kerajaan negeri, Klana Resort di sini menerima imbuhan sebulan gaji sempena sambutan Aidilfitri membabitkan peruntukan RM252,000.
Imbuhan itu disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan kepada semua petugas termasuk pekerja sementara, dalam satu majlis di sini hari ini.
Dalam ucapannya Mohamad berkata imbuhan pada tahun ini adalah yang kedua diberikan selepas imbuhan sama pada tahun lepas hasil prestasi dan pendapatan hotel yang memberangsangkan.
"Ini adalah kerja keras semua pekerja termasuk chef yang berjaya menghasilkan menu menarik sehingga membawa kedatangan pengunjung ke hotel ini," katanya.
Mohamad berkata sebagai warga kerja hotel berkenaan, mereka perlu berusaha menarik lebih ramai pengunjung dan memberi perkhidmatan terbaik termasuk menghasilkan menu makanan yang lebih menyelerakan.
"Hotel adalah perniagaan yang menjual perkhidmatan seperti penginapan jadi ia perlu diuruskan dengan baik dan layanan yang baik perlu diberikan kepada pengunjung agar mereka berasa selesa dan akan berkunjung semula pada masa akan datang," katanya. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook