SEREMBAN - Keengganan Yayasan Negeri Sembilan menerima lima permohonan
bantuan ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat pengesahan
daripada Adun Pakatan Rakyat (PR), baru-baru ini amat dikesali.
Adun Temiang, Ng Chin Tsai berkata, pemohon dimaklumkan oleh pegawai bertugas kononnya permohonan mereka tidak boleh diproses berikutan tandatangan dan cop pengesahan beliau tidak sah.
“Ibu bapa terbabit juga mendakwa, mereka diminta mengemukakan permohonan baru kepada yayasan yang hanya disahkan oleh Adun atau wakil daripada BN.
“Bagi kita, perkara ini amat mengecewakan kerana pihak yayasan seolah-olah cuba menidakkan mandat yang telah diberikan rakyat kepada parti menerusi PRU13 lalu,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media di pejabatnya, dekat sini, kelmarin.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya sudah merujuk perkara berkenaan kepada Yayasan Negeri Sembilan untuk mendapatkan penjelasanmemandangkan situasi sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kita amat berterima kasih atas kesudian yayasan mendengar dan memberikan perhatian terhadap masalah dikemukakan. Mereka turut berjanji kejadian seperti ini tidak akan berulang pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Jamaludin Abu Bakar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut secara terperinci.
“Tuduhan kononnya kita bersikap berat sebelah adalah tidak benar. Jika dilihat sebelum ini, kita tidak pernah menolak mana-mana permohonan lengkap yang disahkan oleh wakil PR.
“Dalam hal ini, kita tidak menolak kemungkinan berlakunya kesilapan teknikal.
Barangkali petugas terbabit mendapat informasi yang kurang tepat sehingga menimbulkan masalah kepada pemohon,” katanya.

0 Komen