SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan
mengajak masyarakat mengutamakan dan meneruskan agenda perpaduan di
negara ini demi memastikan kelangsungan keamanan dan kemajuan yang
dikecapi.
Katanya sebagai generasi yang mengisi era kemerdekaan, masyarakat sekarang tidak boleh memandang ringan isu perpaduan kerana aspek itu adalah rahsia kepada segala nikmat yang dinikmati hari ini.
"Mari kita berganding bahu kerana hanya perpaduan dan juga penyatuan sahajalah yang akan dapat menjamin kita membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum," katanya ketika melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, di sini malam tadi.
Katanya keamanan yang dinikmati sekarang hadir menerusi pengorbanan besar pejuang bangsa termasuk pasukan keselamatan.
"...oleh itu marilah kita bersama-sama berterima kasih kepada pejuang yang telah berjaya memerdekakan negara ini. Ini kerana dengan pengorbanan mereka sahajalah kita dapat merasai erti nikmat kemerdekaan dan sebagai sebuah rakyat yang merdeka daripada cengkaman penjajah.
"Kita mempunyai jati diri untuk mentadbir negara ini dan dapat menentukan hala tuju negara ini pada masa yang akan datang. Kita bersyukur dan merasa bertuah kerana menjadi rakyat di negara yang aman damai berbanding beberapa negara lain bergolak dan bersengketa," katanya.
Mohamad turut menyeru semua pihak agar mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kenderaan mereka, dan berharap melaluinya rakyat akan dapat menghayati dan
mencintai negara ini, seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya.
Pada majlis itu Mohamad turut menyerahkan Jalur Gemilang secara simbolik kepada lebih 400 ketua jabatan negeri dan persekutuan, parti komponen Barisan Nasional, badan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat. - Bernama

0 Komen