hiasan |
SIMPANG AMPAT - Dua remaja maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 211.9 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, mangsa yang terbunuh di tempat kejadian dikenali sebagai Zukhairi Zahari, 21, dan Mohd Nurhazim Ithnin, 20.
Sementara seorang lagi, Mohd Redza Sidek, 21, cedera parah.
Jurucakap polis berkata, kesemua mangsa yang menaiki motosikal masing-masing sedang menghala ke selatan.
"Bagaimanapun, kesemua mereka hilang kawalan dan terbabas di tengah lebuh raya berkenaan, sebelum digilis beberapa kenderaan.
"Mohd Redza yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya telah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya di sini, semalam.
0 Komen