Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


                         
Lukisan Minyak atas canvas ini adalah merupakan lukisan yang menjadi viral kerana dikatakan ada kaitan dengan aset 1MDB yang dibeli dengan harga 35 juta Dollar Amerika. 

Lukisan ini telah dilhamkan dan dihasilkan oleh seorang pelukis dari Perancis bernama Claude Monet dikatakan disiapkan sekitar tahin 1908 dan 1912, lukisan antara yang menarik diantara lukisan yang memaparkan kecantikan Pulau biara (suci) terletak di San Giorgio Maggiore iaitu sebuah pulau di utara negara Itali.
Oscar-Claude Monet

Monet merasakan Venice adalah sebuah bandar yang "terlalu indah untuk dilakar dan dicat diatas canvas", disebabkan banyak lukisan mengenai bandar ini maka lukisan ini mengambil masa untuk disudahkannya. Lukisan ini lahir dari perihal kehidupannya sebagai seorang pengamal agama yang setia dan kesuraman hidupnya akibat dari kematian isterinya Alice sekitar tahun 2011. Lukisan ini dikatakan lahir dari mindanya dan ianya diterjemah melalui tangan serta disiapkan dirumahnya bukan di depan matanya

San Giorgio Maggiore


Lukisan Saint- Georges Majeur au Crepuscule setinggi 2  kaki ini dicat dengan minyak pada kanvas. Ia menggambarkan bangunan misteri yang seolah-olah ajaib muncul dari landskap sekitarnya, seolah-olah terapung di latar belakang. Karya itu adalah pandangan kajian kehidupan San Giorgio Maggiore, memberi tumpuan kepada Gereja San Giorgio Maggiore, menara loceng yang, menghadap pulau kecil pada waktu matahari terbenam. Sisi kanan adalah kubah yang hampir tidak kelihatan dalam kesamaran kelihatan Santa Maria della Salute dan muara Grand Canal.
Lukisan itu menjadi terkenal pada tahun 1999 selepas penampilanya dalam  filem Thomas Crown Affair dimana terdapat babak Thomas Crown (Pierce Brosnan) mencuri lukisan tersebut di dalam sebuah galeri

Pada tahun 1912 beliau telah berjaya mengadakan pameran hasil lukisannya di Galeri Bernheim-Jeune di Paris. Lukisan ini telah dibeli oleh seorang hartawan bernama Gwendoline Davies yang juga pengumpul seni lukisan dari Wales. Lukisan ini akhirnya di serahkan kepada Galeri Seni Cardiff di Wales


0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook