Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Perodua Bezza memang BERBEZA!!

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 22 Julai 2016



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjangkakan penguasaan pasarannya meningkat kepada 32.7 peratus berbanding 35.5 peratus ketika ini susulan pelancaran model baharu, Bezza serta penurunan unjuran jumlah jualan industri (TIV) tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata pihaknya optimis Bezza akan mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan reaksi yang diterima setakat ini.
Beliau berkata, sekalipun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyemak semula unjuran TIV tahun ini daripada 660,00 kepada 580,000 unit berikutan kelembapan jualan pada separuh pertama tahun ini, PERODUA tidak bercadang menyemak semula sasaran jualan sebanyak 216,000 unit kenderaannya tahun ini.
"Walaupun unjuran TIV tahun ini dikurangkan, jika kami dapat capai sasaran jualan ditetapkan, ia akan meningkatkan penguasaan pasaran kami," katanya pada sidang media sempena pelancaran Perodua Bezza di sini, hari ini.
Model ke-11 keluaran PERODUA yang juga sedan cekap tenaga pertama itu mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila sejumlah 4,028 tempahan diterima dalam tempoh lima hari tempahannya dibuka. Daripada 4,028 tempahan diterima itu, 50 peratus adalah adalah untuk varian 1.3L Advance, 35 peratus untuk 1.3L Premium X, manakala baki 15 peratus adalah 1.0L transmisi automatik/manual. Model sedan kompak segmen 'A' itu adalah kenderaan pertama PERODUA yang mana bahagian atasnya direkabentuk sepenuhnya oleh rakyat Malaysia bermula pada 2014 dengan sokongan rakan kongsinya, Daihatsu of Japan. Aminar berkata, kos untuk membangunkan Bezza adalah RM300 juta dan ia menggunakan 95 peratus komponen tempatan. PERODUA Bezza boleh didapati di semua 181 premis jualan PERODUA di seluruh negara dan pihaknya akan memastikan penyerahan model itu dapat menepati masa. "Setakat ini kami memiliki 7,000 unit stok sedia ada dan penyerahan akan bermula esok," katanya.


0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook