SEREMBAN 26 Mei - Seramai 12 orang finalis Juara Belia Bintang negeri akan berentap pada Sabtu dan Ahad ini, bagi merebut gelaran johan dalam pertandingan yang menawarkan hadiah
Sebahagian finalis bakal berentap merebut kejuaraan dalam Juara Belia Bintang negeri Sabtu ini.
|
Pengelola pertandingan, Harris Taufiq Zafri berkata, pertandingan itu akan berlangsung sempena Sambutan Hari Belia peringkat negeri.
''Sempena sambutan Hari Belia yang bertemakan 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara' kita juga mahu mencungkil bakat baru di dalam bidang nyanyian bagi anak jati negeri ini.
''Selain itu, kita juga bermatlamat mempromosi Kompleks Belia dan Sukan negeri bagi menjadikannya sebagai pusat kegiatan utama belia di negeri ini," katanya.
Sementara itu, 12 orang peserta tersebut telah melalui peringkat saringan selama sembilan minggu yang disertai 135 orang penyanyi tempatan.
Pada pusingan akhir Sabtu ini yang bermula 8 malam, setiap peserta dikehendaki membawa dua buah lagu iaitu lagu wajib dan lagu pilihan peserta.
Salah seorang peserta yang ditemui Farah Nabilla Noor Anuar, 25 berkata, pertandingan yang diadakan itu memberi ruang kepada anak jati negeri ini mengembangkan bakat.
''Saya teruja untuk masuk ke peringkat akhir ini kerana ramai finalis yang hebat dan berbakat dalam bidang nyanyian serta pernah memenangi pertandingan sebelum.
''Bagi pertandingan ini saya telah membuat persiapan awal dengan menguji vokal saya dan sebutan perkataan bahasa tersebut," katanya.
Fariszuan Irwan Arif, 15 yang merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini tidak gentar untuk bersaing dengan finalis yang lebih dewasa.
''Saya anggap ini adalah persaingan yang sihat, lagipun mereka mempunyai bakat yang berbeza," katanya lagi.
Sambutan Hari Belia itu bakal dihadiri 10,000 orang belia seluruh negeri akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kompleks Belia dan Sukan, Sabtu ini.


0 Komen