Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/05/27

 MOHAMAD  dan  Abdullah bersalam dengan pelatih Askar Wataniah  pada majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 di  Rejimen 508 Askar Wataniah, di Seremban.
MOHAMAD dan Abdullah bersalam dengan pelatih Askar Wataniah pada majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 di Rejimen 508 Askar Wataniah, di Seremban.
Syor dibawa ke mesyuarat Exco dalam masa terdekat

SEREMBAN: Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan pasukan Askar Wataniah (AW) di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini bagi melatih golongan muda menguasai ilmu ketenteraan dan membina semangat jati diri yang tinggi.
Malah, kerajaan negeri merancang menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM500,000 mulai tahun depan bagi membolehkan program latihan AW membabitkan generasi muda berjalan lancar dan berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Exco dalam tempoh terdekat sebelum dibentangkan pada persidangan DUN akan datang.

“Kita berhasrat memberikan nafas baru kepada pasukan AW bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertai pasukan ini. Usaha akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS).

“Galakan ini bukan saja membabitkan belia Melayu, malah semua kaum bagi memastikan generasi muda di negeri ini memiliki jati diri yang tinggi serta mempunyai semangat cintakan negara,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 di Rejimen 508 Askar Wataniah, di sini.

Hadir sama, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.
Pada majlis itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, muncul sebagai pelatih terbaik keseluruhan selain pelatih terbaik akademik. Beliau adalah antara 87 pelatih yang mengikuti kursus selama sebulan itu yang disertai kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar kolej.

Sepanjang kursus itu, pelatih didedahkan ilmu asas ketenteraan seperti kawad, penggunaan senjata, membaca peta dan latihan taktikal.

Mohamad berkata, latihan yang dijalankan dalam pasukan AW memberi banyak faedah kepada pelatih bukan saja dari segi asas ketenteraan, tetapi membina keyakinan diri dan disiplin yang tinggi, sekali gus melahirkan individu berketrampilan serta berwawasan.

Sementara itu, Khairy berkata, banyak ilmu pengetahuan diperoleh sepanjang kursus itu, terutama dari segi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.

“Banyak kebaikan yang diperoleh selepas mengikuti kursus ini, bukan saja dari segi asas ketenteraan dan membentuk disiplin diri, tetapi semangat berpasukan dan sayangkan negara,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook