Pencawang telekomunikasi itu dikhuatiri menyebabkan kesan radiasi dan memudaratkan kesihatan penduduk sekitar.
Pengadu yang mahu dikenali sebagai Jack, 33 berkata, dia sebelum ini tidak menye-dari kerja-kerja pemasangan pencawang telekomunikasi itu dilakukan di atas bumbung bangunan kedai yang disewanya sejak sebulan lalu.
“Saya menyedari perkara ini lima hari lalu selepas diberitahu penduduk kawasan ini yang datang membeli bara-ngan keperluan di kedai saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik kedai untuk tindakan lanjut.
“Meskipun saya menyewa kedai di tingkat bawah, saya tetap khuatir ia akan memberi kesan radiasi kepada pelanggan dan pekerja saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi dimaksudkan, semalam.
Seorang lagi pengadu, N Sugumaran, 49, berkata, penduduk sekitar tidak mem-bantah sebarang projek pemasangan pencawang telekomunikasi, asalkan ia tidak memudaratkan kesihatan penduduk serta dipasang di kawasan sesuai.
“Saya pun akan membantah pemasangan pencawang ini sekiranya ia memudaratkan kesihatan memandangkan lokasi menara pemancar tersebut begitu hampir de-ngan kediaman dan pusat komersil,” katanya.
Pendapat sama turut disokong T Maliga, 54, yang mahu pihak berkuasa me-ngambil langkah sewajarnya dengan segera.
“Kita tidak tahu sama ada pemasangan pencawang itu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau tidak,” katanya.


0 Komen