Bomba serius sasar ‘sifar kebakaran’
Ketua Balainya, Mazlan Husein berkata, walaupun ia agak mustahil, namun matlamat sifar kebakaran dilihat mampu menggerakkan semua anggota ke akar umbi bagi memberi pendi-dikan mengenai teknik pencegahan kebakaran yang betul kepada masyarakat.
Menurutnya, sifar keba-karan mungkin sukar dike-cap, tetapi usaha ke arah itu perlu dilipatgandakan dan boleh dijadikan dorongan kepada semua anggota untuk bekerja dengan penuh komitmen dan efisien.
“Antara usaha yang giat dilaksanakan Bomba Telok Kemang adalah turun padang mendekati pemimpin dan masyarakat untuk menyebarkan ilmu berkaitan dan langkah pencegahan kebakaran.
“Anggota Bomba juga mendekati pelajar sekolah termasuk kanak-kanak tabika untuk mendedahkan langkah pencegahan serta menyelamatkan diri. Bomba turut giat menjalankan lati-han kebakaran bersama ja-batan kerajaan, hotel, resort dan kilang-kilang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat peringkat daerah di Balai bomba dan Penyelamat Te-lok Kemang, dekat sini.
Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat mendapat sambutan hampir 400 orang terdiri masyarakat awam, ahli kelab 3K dan Persatuan Kadet Bomba dan Penyela-mat.
Sepanjang sambutan, pelbagai acara menarik disediakan antaranya demonstrasi memadam kebakaran bangunan, demonstrasi memadam api, pameran jentera bomba, pertandingan mewarna dan kuiz.
Mazlan berkata, di Telok Kemang terdapat 37 pili bomba dan kesemuanya telah mempunyai Rakan Pili Bomba.
“Pencapaian ini sungguh membanggakan kerana fungsi pili bomba itu cukup penting. Oleh itu, ia perlu dijaga pihak jabatan, kita tidak boleh menjaga semua pili itu setiap hari kerana terlalu banyak.
“Rakan Pili Bomba memastikan pili bomba sentiasa dijaga dan dapat berfung-si dengan baik khususnya ketika kebakaran.
“Justeru kita memerlukan kerjasama masyarakat untuk menjadi teman kepa-da pili bomba ini dan mereka akan diberi taklimat serta penghargaan daripada bomba,” katanya.
Mazlan berkata, orang ramai boleh membantu memaklumkan segera kepada balai bomba berdekatan jika melihat kerosakan kepada pili bomba di kawasan masing-masing.
“Bomba akan sentiasa meningkatkan program penerangan pencegahan kebakaran kepada penduduk luar bandar termasuk sekolah-sekolah.
‘’Bomba akan turun padang terutama di kawasan luar bandar bagi mendidik dan menyebar pengetahuan berhubung pencegahan kebakaran kepada masyarakat, tidak ketinggalan mereka yang tinggal di kawasan bandar,” katanya.
Menurutnya, Sukarelawan Bomba Linggi juga sehingga kini banyak membantu anggota bomba dalam menangani kes kebakaran.
“Apabila balai bomba menerima panggilan keba-karan di sekitar Linggi, sukarelawan bomba akan terus dihubungi bagi menangani kes kebakaran itu se-belum anggota bomba dan penyelamat sampai.
“Kewujudan sukarelawan bomba adalah sebagai langkah awal untuk mengawal api daripada terus merebak dalam usaha me-ngurangkan kos kerugian mangsa.
“Sehingga kini, komitmen ditunjukkan Sukarelawan Bomba Linggi amat baik mereka sentiasa diberi latihan dan taklimat agar kerja-kerja memadam api yang dijalankan profesional setaraf anggota bomba,” kata-nya.
Menurutnya, terdapat 88 panggilan kes kebakaran direkodkan pada tahun 2008 manakala pada tahun lalu, panggilan kes kebakaran dicatatkan di Telok Kemang sebanyak 74 kes.
“Bomba dan Penyelamat Telok Kemang turut melak-sanakan khidmat kemasya-rakatan dan khidmat khas antaranya untuk kerja-kerja sukarelawan bergotong royong membersihkan masjid dan surau, operasi menang-kap ular, operasi kemalangan jalan raya, operasi musnah serangga, operasi bot atau kapal hanyut, kebocoran tangki, operasi penyela-mat bunuh diri dan sebagainya,” katanya.


0 Komen