Penyelia Kanan Kemas, Rosminah Baharudin berkata, aktiviti di setiap DUN membuktikan Kemas terus memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni anggota masyarakat desa ke arah pembangunan lebih seimbang.
“Berakhirnya program keempat dilaksanakan di pekarangan Kemas ini membuktikan siri jelajah ke Pusat Sumber di setiap DUN berjaya mencapai matlamat tersendiri.
“Bermula Januari hingga Mei, program ini menyusuri kawasan Juasseh, Senaling, Seri Menanti, Johol dan berakhir di Pilah dalam fasa 1. Aktiviti masakan, pertandingan kanak-kanak serta pelbagai acara bagi menambah ilmu pengetahuan telah dilaksanakan melalui pameran disediakan agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebang-saan (AADK),” katanya pada majlis penutup program Galakan Membaca dan Kursus Penyediaan Maka-nan anjuran Unit Pendidi-kan Masyarakat Kemas Kuala Pilah.
Menurut beliau, aktiviti dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan kerajaan dan rakyat di samping mendapatkan sokongan terhadap usaha pemba-ngunan negara.
“Bukan mudah menarik minat masyarakat untuk menyertai aktiviti dianjurkan namun Alhamdulillah, penduduk di Kuala Pilah memberi kerjasama baik dalam setiap aktiviti anjuran Kemas termasuk kelas jahitan dan memasak yang disertai golongan wanita.
“Melalui kelas berkenaan wanita dapat menambah ilmu pengetahuan walaupun tidak menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, kewujudan aktiviti Kemas membolehkan wakil rakyat turun padang dan mendekatkan diri dengan penduduk.
“Melibatkan penyertaan penduduk secara aktif dalam menjayakan matlamat kerajaan dan negara amat diperlukan dan ia dilak-sanakan pihak Kemas sebaiknya dengan turun padang ke setiap DUN di daerah Kuala Pilah.
“Oleh itu, saya menzahirkan ucapan tahniah kepada Kemas dan kakitangannya yang bertungkus lumus menjayakan sesebuah program. Diharap komuniti setempat dapat memberi kerjasama baik dan sentiasa menyokong penuh usaha Kemas dalam membina masyarakat maju, berdaya saing serta berdikari,” katanya yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang masakan.


0 Komen