Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Palong Satu, Mariam Abd Samad berkata, didikan penting dari peringkat awal kerana hal ini memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak-anak.
Menurutnya, kadangkala peribadi anak berkait rapat dengan didikan diberikan ibu bapa seperti didikan agama.
“Hubungan antara ibu bapa dan anak juga penting. Sekiranya ibu bapa tidak ambil tahu mengenai masalah anak, hal ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
“Saya sebagai guru dan ibu bapa memandang serius perkara ini kerana tanpa anak siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan kita,” katanya.
Hadir sama, Penyelaras Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Negeri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Maarof Kadisan dan Penyelia Kafa, Md Nor Taam.
:Program Motivasi turut diselitkan dengan ceramah kekeluargaan yang disampaikan penceramah bebas, Roslan Kasim dan diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar tahun tiga dan empat.
Pembantu Kedai, Siti Aishah Abdullah berkata, sokongan ibu bapa penting dalam memberi didikan kepada anak-anak.
Menurutnya, kesibukan ibu bapa bekerja tidak harus dijadikan alasan untuk mereka mengabaikan tanggungjawab kepada anak.
“Saya juga seorang ibu dan bekerja, tetapi pelajaran dan didikan anak tetap menjadi keutamaan.
“Saya juga menghantar anak ke sekolah agama pada waktu petang supaya mereka dapat pengetahuan dalam bidang agama selain belajar subjek lain pada sebelah petang,” katanya.


0 Komen