Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pertandingan asah bakat, kreativiti

Dikirim oleh Warieh Selasa, 1 Jun 2010

SIMPANG PERTANG – Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga platform mengasah bakat golongan wanita dalam pelbagai pertandingan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jelebu, Zuraidah Mohd Zin berkata, pelbagai pertandingan diadakan bertujuan mengasah bakat golongan wanita dalam pelbagai kemahiran.

“Antara pertandingan diadakan adalah pertandi-ngan pelbagai jenis masakan, gubahan sirih, gubahan bunga daripada barangan terbuang, ukiran buah tembikai dan sebagainya.

“Golongan wanita mahir dalam bidang masakan dan sebab itu, kita mengadakan pelbagai pertandingan masakan dan gubahan untuk mempersembahkan kemahiran yang ada pada golongan wanita,” katanya.

Menurutnya, pertandingan itu bertujuan menggalakkan golongan wanita mengasah bakat dalam apa sahaja pertandingan diceburi.

“Bukan mudah menang jika tidak mempunyai kreativiti untuk berjaya menarik perhatian juri. Menerusi pertandingan masakan ini, peserta bukan sahaja menitikberatkan soal masakan semata-mata, sebaliknya kreativiti hiasan supaya masakan disediakan tampak lebih menarik.

“Apa yang lebih penting, kemahiran dalam mencipta kreativiti itu sendiri. Pertandingan ini sekali gus mampu mengasah bakat dan mencetus idea baru dalam menghasilkan masakan dan gubahan lebih kreatif,” katanya.

Peserta, Nur Dawina Zainul, 27, berkata, pertandingan gubahan sirih disertainya bertujuan mengasah bakat dalam seni gubahan.

“Saya telah menyertai tiga pertandingan gubahan daun sirih dan ini pe-ngalaman kali pertama saya menang.

“Melalui pertandingan ini, kita dapat mencipta seni gubahan kreatif dan tersendiri, selain mengasah bakat dengan lebih baik dalam seni gubahan ini,” katanya.

Nor Hasikin Hashim, 26, berkata, dia menyertai pertandingan gubahan bunga daripada bahan terbuang sekadar untuk mencuba bakat.

“Saya berminat dalam seni gubahan ini dan dengan adanya pertandingan ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan bakat yang saya miliki.

“Bukan mudah untuk mengubah sesuatu bahan terbuang menjadi kreatif, seseorang itu perlu ada minat dan idea baik untuk menghasilkan seni menarik, sekalipun daripada bahan terbuang,” katanya.

Sementara itu, Roslah Ramli, 46, berkata, pertandingan masakan rendang pucuk ubi disertainya adalah untuk menonjolkan kreativitinya.

“Saya mencipta kelainan dalam masakan saya dengan mencampurkan rendang pucuk ubi dengan daging. Kebiasaannya rendang pucuk ubi dimasak bersama ikan bilis sahaja.

“Menghasilkan kreativiti masakan lain dari-pada yang lain perlu untuk mewujudkan sesuatu rasa baru tanpa mengubah resipi asalnya,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook