Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Paip air pecah terbiar sebulan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 1 Jun 2010

LUI MUDA – Penduduk Felda Lui Muda, bimbang masalah saluran batang paip air yang melimpah sejak sebulan lalu dan belum dibaiki.

Mereka mendakwa, keadaan itu menyebabkan kawasan itu menjadi kolam tadahan, sekali gus menyebabkan ia melimpah ke jalan utama.

Pengadu, Mohd Nasir Nordin berkata, limpahan air itu dipercayai berpunca batang paip yang lama dan pecah.

Menurutnya, hampir sebulan masalah itu berlarutan dan sekiranya dibiarkan akan mengakibatkan kawasan jalan raya dipenuhi air dan boleh berlaku banjir.

“Perkara ini pernah dimaklumkan kepada pihak terbabit tetapi sehingga sekarang masih belum ada tindakan diambil.

“Saya sangat kecewa kerana tiada tindakan diambil, malah Pejabat Felda Lui Muda pernah menghubungi pihak terbabit mengenai masalah ini,” katanya.

Abd Rahman Abd Aziz, 53, pula berkata, pihak bertanggungjawab pernah datang melihat keadaan itu dan segala maklumat diambil.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu berusaha mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

“Jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa penyelesaian kerana ia menyebabkan pembaziran air,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera masalah tersebut.

Bagaimanapun, beliau berharap penduduk sekitar membuat aduan segera kepada pihaknya berhubung sebarang masalah seumpama itu supaya tindakan segera boleh dilaksanakan.

“Lazimnya kita akan sele-saikan masalah paip bocor atau pecah dalam masa lapan jam selepas menerima aduan untuk mengelakkan pembaziran dan tidak akan dibiarkan masalah tersebut berlarutan lebih daripada tempoh itu.

“Sains menggalakkan pe-ngadu membuat aduan terus kepada pusat khidmat pelanggan Sains di talian 1-800-8869-82 di mana setiap aduan akan direkodkan dalam sistem komputer dan dipantau,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook