Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Gazet makam Tuan Tulis jadi tapak warisan NS

Dikirim oleh Warieh Selasa, 1 Jun 2010

Gazet makam Tuan Tulis jadi tapak warisan NS

TALANG – Generasi sekarang mungkin tidak mengenali Tuan Tulis yang dikenali sebagai Wali Allah apabila keperibadiannya begitu mulia dengan amalan bermartabat tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Disebabkan amalan, perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah SWT, kisah Tuan Tulis dihimpunkan dalam buku bertajuk ‘7 Wali Melayu’.

Justeru, demi memartabatkan Tuan Tulis sebagai satu tarikan pelancong, satu syarahan pengisahan Yang Mulia (YM) Tuan Tulis diadakan di Balai raya Kampung Kuala Talang dianjurkan Persatuan Belia MAYC Kuala Talang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Talang, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Persatuan Datuk-datuk Lembaga Luak Ulu Muar dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Ipoh.

Pengerusi JKKK Kuala Talang, Sahari Piei berkata, syarahan itu dilaksanakan sebagai penghormatan istimewa kepada YM Tuan Tulis kerana beliau Wali Allah yang perlu dikongsi kisahnya kepada masyarakat.

“Sejarah ini sangat unik dan mulia. Oleh itu kisahnya perlu diceritakan kepada masyarakat kampung dan orang luar yang pasti teruja mengetahui sejarah ini.

“Pengisahan ini memberi peluang kepada generasi muda dan orang ramai amnya mengenai karamah, semangat, perjuangan dan tokoh agama YM Tuan Tulis,” katanya.

Menurutnya, penduduk berharap Lembaga Muzium Negeri Sembilan mengazetkan makam YM Tuan Tulis sebagai tapak warisan Negeri Sembilan sekali gus menjadi pusat tumpuan pelancong apabila berkunjung di Negeri Sembilan.

“Saya dan penduduk kampung ingin menjadikan makan Tuan Tulis sebagai warisan yang dipelihara dari segi pemulihan dan pemeliharaan dengan teliti dalam usaha menarik pelancong berkunjung ke sini.

“Ini tidak keterlaluan kerana semua orang mengetahui YM Tuan Tulis belum terpilih sebagai tapak warisan Negeri Sembilan sahaja,” katanya.

Sahari berkata, Insya-Allah, JKKK akan mengusulkan satu kertas kerja kepada pihak berkaitan untuk dipertimbangkan secara serius ke arah matlamat tersebut,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook