Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Tiada kuasa maju projek terbengkalai

Dikirim oleh Warieh Selasa, 1 Jun 2010

Tiada kuasa maju projek terbengkalai

PORT DICKSON – Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa memajukan projek terbengkalai dilaksanakan pihak swasta di tanah persendirian.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada tindakan boleh diambil menerusi Kanun Tanah Negara bagi menyelesaikan isu itu.

“Ramai pihak salah faham tentang isu ini. Kerajaan Negeri tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya pemilik masih membayar cukai tanah.

“Kita cuma boleh mengenakan kompaun kepada pemilik tanah projek terbengkalai yang didapati membiarkan premis mereka dalam keadaan semak-samun,” jelasnya pada sidang media di sebuah hotel dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Bagaimanapun, kata Mohamad, banyak projek perumahan terbengkalai di negeri ini berjaya diselamatkan menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Mana-mana syarikat yang ingin memajukan projek terbengkalai swasta amat dialu-alukan kerana Kerajaan Negeri tiada keupayaan berbuat demikian,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut beliau, Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Port Dickson yang bakal diwartakan dalam tempoh terdekat memberi keutamaan kepada pemeliharaan alam sekitar.

Mohamad berkata, kawasan industri dikhususkan di lokasi sekitar hilir sungai agar tidak mencemari sumber air terutama di bawah tanah.

“Kemungkinan kegiatan industri mencemarkan sumber air bawah tanah tetap ada walaupun pemaju membina sistem kumbahan yang dikatakan sempurna.

“Draf RTD Port Dickson yang dibentangkan kepada orang ramai baru-baru ini, memusatkan kegiatan industri di sekitar Lukut dan Tanah Merah,” jelasnya.

Menurut beliau, zon pelancongan dan perumahan diatur semula agar tidak berlaku pertindihan terhadap kegiatan pembangunan berkaitan.

Sementara itu, pengusaha hotel dan rumah peranginan di sekitar pantai Port Dickson disarankan supaya menawarkan kadar diskaun kepada pelanggan yang menginap di luar waktu puncak.

Mohamad berkata, hotel dan rumah peranginan biasanya habis ditempah pada cuti hujung minggu atau hari kelepasan am.

“Namun, kadar penginapan di luar waktu puncak adalah di bawah 30 peratus. Mungkin lebih ramai pelancong memilih untuk menginap pada waktu berkenaan jika ditawarkan diskaun,” jelasnya.

Menurut Mohamad, cadangan itu pernah disuarakan Kerajaan Negeri namun kurang mendapat sambutan daripada pengusaha hotel dan rumah peranginan.

“Saya berpandangan sekarang adalah masa sesuai untuk persatuan pengusaha hotel di negeri ini mengadakan perbincangan dan mengkaji cadangan ini,” jelasnya.

Menurut beliau, inisiatif itu bagi menyokong perancangan Kerajaan Negeri mewujudkan tarikan pelancongan baru agar orang ramai mengunjungi pantai Port Dickson setiap hari.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook