2010/06/11
SEREMBAN: Seramai 750 peserta dari lima negara dan 10 negeri di Malaysia akan menyertai Karnival Budaya Negeri Sembilan, yang akan diadakan mulai 18 sehingga 20 Jun ini.Antara negara terbabit ialah Thailand, Brazil, Indonesia dan Jepun, manakala penyertaan tempatan pula dari Perak, Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kedah, Johor, Terengganu dan negeri ini sendiri sebagai tuan rumah.
selain itu, katanya, penganjuran program itu adalah sempena sambutan Colours of Malaysia yang dilancarkan pada 22 Mei lalu.
“Pengisian utama karnival itu adalah persembahan kebudayaan negara ini dan antarabangsa yang dinanti-nantikan orang ramai, terutama pelancong, sekali gus dapat membantu industri pelancongan di negeri ini serta mempopularkan budaya tempatan.
“Kerajaan negeri berharap dengan kepelbagaian budaya yang dipersembahkan dapat meningkatkan penghayatan dan minat masyarakat terhadap budaya di negara ini,” katanya ketika sidang media di Wisma Negeri di sini, baru-baru ini.
Karnival Budaya Negeri Sembilan dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, iaitu pada jam 8 malam di tangga bangunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, 18 Jun ini. Majlis penutup pula akan dilakukan Mohammad Razi Kail di Auditorium Taman Budaya Negeri Sembilan pada 20 Jun.
Lima lokasi dipilih untuk acara kebudayaan yang akan berlangsung pada 19 Jun, iaitu di pusat beli-belah Seremban Parade, Terminal One, Plaza Ampangan serta dua hotel terkemuka, Klana Resort dan Royal Bintang


0 Komen