2010/06/19
PORT DICKSON: Mayat rentung yang masih belum diketahui identitinya, ditemui dalam sebuah kereta terbakar di Projek Perumahan Kampung Kebun Jimah, Lukut di sini, semalam.Polis dimaklumkan orang awam yang sedang mencari siput lokan di kawasan sungai berhampiran mengenai penemuan itu kira-kira jam 11.20 pag.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh, berkata mayat yang sudah rentung itu ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta Honda Accord.
Siasatan awal mendapati kereta ini sudah terbakar lebih 24 jam lalu dan kita akan mendapatkan maklumat mengenai pemilik kenderaan ini menerusi nombor chasis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh.
Baljeet berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada penemuan kesan pergelutan atau kekasaran di kawasan berkenaan.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dimaklumkan kepada ahli keluarganya.
"Kita akan menunggu hasil makmal kimia mengenai punca kereta ini terbakar," katanya yang menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat di dalam bonet kereta terbakar berhampiran semak di Taman Seremban Selatan, dekat sini, Isnin lalu.
Difahamkan, kenderaan berkenaan yang rosak teruk sudah dijual di kedai besi buruk sekitar Lukut dengan harga RM300 oleh pemiliknya kira-kira sebulan lalu
0 Komen