JEMPOL 10 Jun – Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 12, Jalan Simpang Pertang-Kuala Pilah di sini hari ini.
| Kereta yang dipandu Allahyarham Nordin Mohd. Sharif remuk setelah bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 12, Jalan Simpang Pertang-Kuala Pilah, Jempol, semalam. |
Dalam kejadian yang berlaku pukul 3 petang, mangsa, Nordin Mohd. Sharif dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Batu Kikir sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Jurucakap polis memberitahu, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal menyebabkan kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori tangki dari hadapan.
“Pertembungan itu menyebabkan kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya remuk teruk setelah bertembung dengan lori tangki itu.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan,” katanya.
Tambahnya, pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, punca sebenar nahas masih disiasat.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat.


0 Komen