Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pelajar TKC tempat kedua inovasi antarabangsa di AS

Dikirim oleh Warieh Rabu, 2 Jun 2010

Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/06/02

SEREMBAN: Tiga pelajar Tingkatan Lima Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini, mengharumkan nama negeri dan negara apabila meraih tempat kedua dalam Pertandingan Inovasi Intel Antarabangsa 2010, yang diadakan di San Jose California, Amerika Syarikat, dari 9 hingga 14 Mei lalu.

Nor Adibah Mohd Hadzir, Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan, yang dibimbing guru, Wan Suryani Razali, mengecapi kemenangan itu menerusi ciptaan mereka menggunakan lalang sebagai medium untuk menghalang pencemaran akibat tumpahan minyak.
Pengetua TKC, Che Kamaliah Endud, berkata lalang yang selama ini hanya dianggap sebagai rumpai kini terbukti mampu menjadi medium penghalang pencemaran tumpahan minyak dengan menyerap tumpahan minyak dalam peratusan yang lebih tinggi berbanding ‘oil boom’ yang digunakan sekarang.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyangka mendapat kedudukan terbaik dalam pertandingan itu kerana ia membabitkan penyertaan pasukan dari seluruh dunia dan kejayaan itu bukan saja menaikkan nama TKC, malah negeri juga negara.

“Kita bangga dengan kejayaan pelajar sekolah ini dalam bidang reka cipta dan akan sentiasa menekankan pada kreativiti serta inovasi pelajar untuk membolehkan mereka menguasai bidang sains dan teknologi.

“Ia sejajar dengan aspirasi negara yang berteraskan Misi Nasional iaitu meningkatkan pengetahuan, keupayaan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Wisma Negeri, di sini.

Mengulas mengenai kejayaan pelajar TKC itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian pelajar terbabit yang bukan saja mengharumkan nama TKC, malah negeri ini.
Beliau berkata, inovasi dan kreativiti adalah antara faktor yang membezakan kecemerlangan seseorang pelajar dalam dunia yang semakin berkembang dan bergerak pantas ini.

“Sehubungan itu, budaya inovasi harus dipupuk untuk merangsang kreativiti dan mencapai kecemerlangan serta kelainan.

“Amalan menguasai ilmu haruslah menjadi nadi agenda dalam kehidupan sebagai pelajar. Saya berharap kejayaan yang dicapai itu dapat merangsang semangat pelajar lain untuk berusaha gigih bagi menghasilkan ciptaan demi menyumbang kepada kemajuan dan pertumbuhan ekonomi serta kejayaan negara masa depan,” katanya

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook