Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Program Kedap ubah kehidupan Orang Asli

Dikirim oleh Warieh Selasa, 21 Disember 2010

JEMPOL 20 Dis. - Ilmu tidak pernah mengenal usia, malahan ilmu jugalah yang dapat menjadikan seseorang insan itu berjaya dalam hidup.

Berdasarkan hakikat dan rasa keinginan yang tinggi untuk menjadi insan berilmu mendorong seramai 25 individu dari kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli Sungai Sampu, dekat sini kembali 'ke sekolah' untuk belajar semula.

Apa yang lebih membanggakan selepas enam bulan mereka menjadi 'pelajar' di sekolah berkenaan, akhirnya baru-baru ini mereka menghadiri hari 'konvokesyen' dan menerima sijil penyertaan dan kecemerlangan.

Menurut guru Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Sampu, Nordin Chak, program itu merupakan tahun ketiga diadakan selepas mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli.

"Kita namakan ia sebagai Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli Pribumi (Kedap).

"Program ini diadakan sebanyak empat kali dalam seminggu dan nyata ia telah mendapat sambutan baik dan sungguh luar biasa," katanya.

Menurutnya, mereka diajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan matematik, serta melalui peperiksaan sebagaimana yang dialami oleh anak-anak mereka.

"Selain mendapatkan ilmu, kesemua ibu bapa yang menyertai Kedap diberikan elaun RM15, setiap hari," katanya.

Tambah Nordin, apa yang lebih penting dalam program itu adalah memberikan sebanyak mungkin ilmu pendidikan kepada ibu bapa, supaya apabila mereka balik kelak, ia dapat diteruskan dengan mendidik anak masing-masing perihal pentingnya sesuatu ilmu itu.

"Program ini bukan sahaja memberikan impak kepada anak dan ibu bapa terbabit, malahan telah menjadikan sesebuah keluarga Orang Asli dihuni dan dipasakkan dengan ilmu pendidikan.

"Ada juga anak Orang Asli ini yang berjaya dan mereka kembali ke desa untuk membantu keluarga masing-masing," katanya.

1 Responses to Program Kedap ubah kehidupan Orang Asli

  1. Unknown Says:
  2. Sewajarnyalah kita membantu saudara lama kita tersebut. Hakikatnya, darah Minangkabau/Orang Asal mengalir dalam setiap tubuh Orang Negeri Sembilan. Di antara buktinya, alun liuk lidah Minangkabau larut diasilimasi oleh lidah kasar Orang Asal/Asli Negeri Sembilan.

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook