Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Para penulis buku bergambar pada majlis Kalam Bitara 2011 yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan, Penerbit USIM di Nilai dekat Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 9 Ogos - Seramai 100 orang penulis dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperoleh hasil royalti daripada 52 judul buku yang diterbitkan antara 2002 dan 2009 serta empat buah modul untuk terbitan 2010 berjumlah lebih RM48,000.

Hasil royalti itu diserahkan kepada para penulis buku berkenaan pada majlis Kalam Bitara 2011 yang dianjurkan oleh Bahagian Penerbitan, Penerbit USIM di Nilai dekat sini, baru-baru ini.

Majlis itu bertujuan meraikan penglibatan dan sumbangan para cendekiawan USIM menghasilkan karya-karya penulisan.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda.

Buku bertajuk Resipi Istimewa untuk Belajar cetakan pertama dan kedua memperoleh royalti terbanyak berjumlah RM4,620.

Penerbit USIM juga telah mewujudkan tiga anugerah penerbitan sempena majlis itu iaitu Anugerah Buku Terlaris 2010, Anugerah Penulis Prolifik dan Anugerah Penulis Harapan mengikut kategori bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Anugerah Buku Terlaris 2010 telah diberikan kepada buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi - Edisi Kedua karya Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon bagi kategori bahasa Melayu manakala bagi kategori bahasa Inggeris dan bahasa Arab masing-masing diberikan kepada buku The Modern Study of Religion - A Preliminary Survey on Clifford Geertz karya Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali dan buku Muhadrat Fill Aqidah Al-Islamiyah karya Prof. Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo.

Anugerah Penulis Prolifik pula dimenangi oleh Dr. Sapora bagi kategori bahasa Melayu, Dr. Harison@Hanisa Mohd. Sidek bagi kategori bahasa Inggeris dan Dr. Syamsul Bahri bagi kategori bahasa Arab.

Anugerah Penulis Harapan pula diberikan kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd. Zarif untuk kategori bahasa Melayu dan Mohd. Rosmizi Abd. Rahman bagi kategori bahasa Inggeris dan Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni untuk kategori bahasa Arab.

Turut diadakan pada majlis itu ialah Penyampaian Watikah Penghargaan Penyelidik USIM yang berjaya mendapat geran penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebanyak 15 geran penyelidikan berjaya diperoleh USIM iaitu 10 geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) berjumlah RM769,100 dan lima geran Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) berjumlah RM621,100.

Jumlah keseluruhan geran penyelidikan yang diterima USIM ialah sebanyak RM1.39 juta.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook