Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


200 pelajar bertadarus

Dikirim oleh Warieh Isnin, 22 Ogos 2011


PORT DICKSON – Bagi membudayakan pembacaan al-Quran, Unit Penghayatan Islam dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Abdul Samad (SDASA) menganjurkan Program Tadarus al-Quran melibatkan 200 pelajar dan 30 guru.

Pengetua Cemerlang SDASA, Rahana Tawan berkata, Tadarus al-Quran itu diharap mampu meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kandungan ayat suci al-Quran.

Menurutnya, program ini merupakan julung kali dilaksanakan bagi memanfaatkan lagi pengisian sepanjang Ramadan di SDASA.

“Pada majlis itu, pelajar dan guru dibahagikan kepada 30 kumpulan membaca satu juzuk tertentu dari al-Quran sehinggalah khatam,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Rahana berkata, bacaan dijalankan secara bersama secara tidak langsung mengukuhkan lagi ukhuwah warga SDASA.

“Majlis Tadarus ini dijalankan pada waktu kokurikulum sekolah dan pelajar bukan Islam seperti biasa akan melaksanakan aktiviti kokurikulum mereka begitu juga sebahagian lagi pelajar Islam yang tidak terlibat dengan tadarus ini.

“Untuk masa akan datang, program tadarus akan dilaksanakan untuk penglibatan semua pelajar Islam dan dirancang bakal dilaksanakan di kawasan lebih luas seperti dewan utama SDASA,” katanya.

Katanya, sekarang tadarus dilakukan di Surau Ar-Rayyan SDASA di mana penempatannya terhad kepada 250 orang sahaja dalam satu-satu masa.

“Pada Ramadan ini juga, SDASA sekali lagi memperoleh peruntukan dari Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad untuk menaik taraf dewan utama SDASA,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook