Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Tiga terperangkap

Dikirim oleh Warieh Isnin, 22 Ogos 2011



SEREMBAN - Tiga lelaki warga asing nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam dan terbalik dalam parit berhampiran Kilometer 272.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah arah utara dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.18 tengah malam itu, kereta jenis Toyota Vios terbabit hilang kawalan, lalu merempuh tiang lampu dan seterusnya terjunam dalam parit di sebelah bahu kiri lebuh raya.

Ketiga-tiga mangsa berumur sekitar 20-an itu terselamat dan cuma mengalami kecederaan ringan walaupun mereka dipercayai terperangkap dalam kereta terbabit sejurus selepas kemalangan.

Ketua operasi menyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Badrul Tamam berkata, pihak menerima panggilan kecemasan tentang kejadian daripada orang ramai, kira-kira 12.22 tengah malam.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kami mendapati semua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta oleh petugas-petugas Unit Peronda Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

“Ketiga-tiga mangsa berkenaan seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, operasi menyelamat melibatkan sebuah jentera dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta dua unit peronda bermotosikal bomba.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook