Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Wang Baitulmal disalurkan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 23 Ogos 2011


GEMENCHEH – Seorang warga emas, di Felda Bukit Rokan (FBR) tidak dapat meluahkan rasa syukur dan berterima kasihnya kepada Baitulmal kerana menyalurkan bantuan kepadanya sejak kematian suami lebih 20 tahun dahulu.

Halijah Sharip, 66, berkata, bantuan itu benar-benar membantunya meringankan beban hidupnya lebih-lebih lagi dia hanya bergantung rezeki pada pendapatan sebagai peneroka sahaja.

“Selepas suami mak cik meninggal, ada pihak tampil menyampaikan bantuan Baitulmal dan sehingga hari ini mak cik berasa sangat gembira kerana masih menerimanya.

“Oleh itu, mak cik sangat berharap agar bantuan ini akan diperluaskan lagi bagi membantu individu yang senasib dengan mak cik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya di Dewan Seri Gemencheh.

Pada program itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantuan kepada 1,099 individu melibatkan fakir, miskin dan anak-anak yatim daerah Tampin dengan nilaian keseluruhan bantuan sebanyak RM193,300.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Zainab Nasir; Adun Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz dan Pegawai Daerah, Razali Bakar.

Mohamad berkata, pemberian itu adalah bantuan hari raya dan bukannya hanya bersifat sebagai bantuan pilihan raya semata-mata.

“Kita sudah laksanakannya saban tahun sejajar dengan hasrat kita untuk mengagih-agihkan kutipan zakat yang diperoleh kepada golongan memerlukan dengan lebih tersusun dan teratur,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook