Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


196 pelajar kurang mampu terima komputer riba 1Malaysia

Dikirim oleh Warieh Rabu, 16 November 2011



Yeow Chai Thiam (tengah) bersama sebahagian pelajar menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia di Wisma Negeri, baru-baru ini.

SEREMBAN 15 Nov. – Seramai 196 pelajar golongan kurang berkemampuan dari tiga buah sekolah sekitar kawasan Temiang menerima sumbangan komputer riba 1Malaysia dalam satu majlis di Wisma Negeri, di sini, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr.Yeow Chai Thiam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Najihah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd. Said dan SMK Methodist ACS.

Katanya, pengagihan netbook itu diharap dapat membantu serta meningkatkan minat pelajar ke arah menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

‘‘Komputer riba 1Malaysia atau netbook ini disumbangkan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

‘‘Usaha ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap membangunkan aspek pembelajaran pelajar di semua peringkat,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer 1Malaysia di Dewan Theatrette Wisma Negeri, di sini baru-baru ini.

Jelasnya lagi, inisiatif tersebut diyakini berupaya meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah sekali gus merealisasikan hasrat ibu bapa untuk melihat anak masing-masing berjaya dalam pelajaran mereka.

‘‘Bantuan ini juga sedikit sebanyak akan dapat melancarkan proses pembelajaran pelajar-pelajar ini.

‘‘Tetapi apa yang lebih penting pelajar-pelajar yang menerima kemudahan ini diharap dapat menggunakan untuk tujuan pembelajaran dan perkara yang bermanfaat bukannya untuk tujuan yang tidak baik,” tegasnya.

Pada majlis yang sama, pihak TM Smart School turut membantu memasukkan perisian pembelajaran interaktif secara percuma pada setiap netbook yang diedarkan kepada penerima.

Perisian yang dimuat naik itu meliputi soalan latihan untuk subjek berkaitan khusus untuk tujuan ulang kaji pelajar terbabit.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook