Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


86 peserta sertai persidangan antarabangsa

Dikirim oleh Warieh Rabu, 16 November 2011



Sebahagian peserta yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Bagi Sains Gunaan, Matematik dan Kemanusiaan di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 15 Nov. – Seramai 86 peserta terdiri daripada penuntut tempatan dan luar negara menyertai Persidangan Antarabangsa Bagi Sains Gunaan, Matematik dan Kemanusiaan di Royale Bintang dekat sini, bermula semalam.

Program dua hari anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan itu bertujuan membolehkan usaha pengumpulan kepakaran dalam bidang berkaitan menerusi satu forum ilmiah.

Timbalan Rektornya, Dr. Khairul Anwar Rasmani berkata, sebelum ini sudah diadakan beberapa forum antarabangsa namun ia hanya melibatkan segelintir kelompok sahaja di negeri ini.

‘‘Oleh itu, kita mahu supaya para peserta datang ke sini dan pada masa yang sama kita mahu lihat perkara ini dapat dilakukan dengan lebih serius dan bertaraf antarabangsa melibatkan pelbagai bidang serta kepakaran menerusi Sains Gunaan, Matematik dan Kemanusiaan.

‘‘Berdasarkan kepada maklum balas kepada pihak kami, program ini diyakini mendapat sambutan menggalakkan menerusi penyertaan 30 peserta dari luar negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Khairul Anwar turut memberitahu, pelbagai tajuk akan dibincang dan dikupas oleh ahli panel sepanjang program tersebut selain pembentangan kertas kerja yang akan dilakukan oleh semua peserta yang mengambil bahagian pada persidangan tersebut.

Jelas beliau, berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan itu, pihaknya bercadang untuk menjadikan persidangan berkenaan sebagai salah satu acara tahunan dalam usaha menggalakkan lagi percambahan ilmu dakan kalangan para pesertanya.

‘‘Kita melihat persidangan ini sebagai satu ruang dan peluang bagi semua pihak mencernakan kefahaman dalam ketiga-tiga bidang ini meliputi sains gunaan, matematik dan kemanusiaan.

‘‘Kita menyasarkan agar hasil pembentangan kertas kerja dalam persidangan kali ini akan dijadikan sebagai rujukan pada persidangan akan datang,” kata beliau.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook