Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


25 penulis muda sertai bengkel penulisan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 16 November 2011


SEREMBAN 13 Nov. - Seramai 25 penulis muda menyertai bengkel penulisan selama dua hari anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Perpustakaan Negeri di sini semalam.

Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP, Rosnah Awang, berkata, bengkel tersebut bertujuan melatih penulis muda dalam ilmu penulisan dan penerbitan buku.

Katanya, penganjuran program tersebut juga selari dengan hasrat DBP untuk mencungkil bakat baru penulis di kalangan kanak-kanak dan remaja.

''Bengkel ini merupakan platform terbaik dalam usaha membangunkan kumpulan pelapis penulis tempatan di kalangan generasi muda.

''Melalui bengkel ini, penulis mampu mempelajari kaedah menghasilkan penulisan baik dari segi kandungan dan kreativiti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan, Mahaya Mohd. Yassin, memberitahu, bengkel tersebut merupakan sebahagian latihan intensif bagi menghasilkan karya bermutu yang mampu menarik minat masyarakat untuk membacanya.

''Di zaman serba moden ini, penghasilan karya perlu lebih kreatif bagi menggalak kanak-kanak dan remaja membaca, lebih-lebih lagi kini mereka cenderung menggunakan internet." ujarnya.

Seorang peserta, Azzah Abdul Rahman, 32, berkata, bengkel tersebut memberi peluang kepada dirinya memperluaskan ilmu dalam menghasilkan penulisan kreatif selari dengan kehendak pembaca masa kini.

''Bengkel ini memberikan input baru ke arah memantapkan kemahiran dalam bidang penulisan," katanya yang telah berkecimpung hampir empat tahun dalam bidang penulisan dan turut berjaya menghasilkan sebanyak enam buah novel dalam tempoh tersebut.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook