Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Penembusan jalur lebar capai 75%

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 November 2011


SEREMBAN 17 Nov. - Kadar penembusan jalur lebar di negeri ini telah mencapai 75 peratus, manakala tahap capaian rangkaian selular berada pada tahap 98 peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pencapaian itu selari dengan hasrat dan dasar kerajaan untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang 2020.

‘‘Perkembangan itu sekali gus membolehkan Negeri Sembilan mendahului negeri lain dalam penembusan jalur lebar.

‘‘Untuk itu, kita sedang memfokuskan untuk meningkatkan tahap kualiti penembusan jalur lebar di seluruh negeri ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Tambah Mohamad, kerajaan negeri juga sedang mempergiatkan usaha melebarkan kemudahan wayarles 1NS di semua daerah.

‘‘Buat masa ini beberapa kawasan di negeri ini telah mempunyai kemudahan wayarles seperti di Seremban.

‘‘Kita akan mula selaraskan kemudahan percuma ini di daerah lain khususnya di kawasan kepadatan tinggi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad menambah, kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival ICT Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dekat sini pada 25 hingga 27 November ini.

‘‘Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke karnival ini dan pelbagai program menarik termasuk gerai jualan akan dibuka di karnival tersebut,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook