Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Isu ternakan lembu NFC: Khairy sedia debat dengan Rafizi

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 November 2011




KUALA LUMPUR 16 Nov. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju berdebat dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berhubung isu ternakan lembu fidlot di bawah kendalian Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata sehingga kini, beliau belum menerima sebarang jemputan rasmi berhubung debat terbuka tersebut.

"Tak ada masalah, tetapi masalahnya ialah soal masa. Bila saya dapat surat, saya akan bincangkan mengenai tarikh dan masa.

"Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember, jadi kemungkinan selepas itu (baru boleh debat),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Isnin lepas, Mohd Rafizi mencabar Khairy berdebat secara terbuka dan menyelesaikan kekusutan berhubung isu NFC serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan penjelasan terperinci. – Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook