Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Masjid Sikamat dapat van jenazah

Dikirim oleh Warieh Selasa, 13 Disember 2011


SEREMBAN 12 Dis. - Kedatangan Maal Hijrah kali ini amat bermakna bagi kariah Masjid Sikamat, dekat sini, apabila menerima sumbangan sebuah van jenazah, baru-baru ini.

Van jenis Kia Pregio bernilai RM85,000 itu untuk manfaat 10,000 ahli kariah Sikamat dan penduduk sekitarnya.

Majlis penyerahan kenderaan itu dilakukan oleh Setiausaha Kerja, Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Yusop Harmain Shah kepada pengurusan Masjid Sikamat.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Md. Yusop memberitahu, pihaknya membuat permohonan bagi mendapatkan van untuk tujuan memudahkan pengurusan jenazah.

"Kita bersyukur hasrat murni itu direalisasikan apabila Bank Rakyat tampil menyumbang kenderaan itu ketika ketibaan Maal Hijrah.

"Kemudahan van ini dapat menyelesaikan masalah ahli kariah di sekitar Sikamat yang selama ini terpaksa menyewa kenderaan untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan," katanya.

Yusop berkata, sumbangan itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kariah masjid dan masyarakat.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook