Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Negeri Sembilan catat penurunan kes berkaitan dadah

Dikirim oleh Warieh Selasa, 13 Disember 2011


SEREMBAN 12 Dis. - Kes dadah di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 19 kes iaitu daripada 363 kes sepanjang 11 bulan tahun ini berbanding 344 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pada masa sama, tangkapan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas bertambah sebanyak 13.2 peratus menerusi bilangan operasi yang juga meningkat 9.3 peratus.

"Ia menunjukkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ini telah melakukan tugas dengan baik dalam membanteras dadah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) daripada Supritendan R. Ravichandran kepada Supritendan Baharom Othman, di sini hari ini.

Ravichandran akan bertugas sebagai Timbalan Ketua JSJN Selangor manakala Baharom pula sebelum ini bertugas sebagai Ketua JSJN Kedah.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook