hussain@bharian.com.my
2011/12/20
Masih belum lulus permohonan jadi ahli gabungan sejak Jun laluPERSATUAN Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) terkilan dengan gelagat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih belum meluluskan permohonan untuk menjadi ahli gabungan badan induk itu yang sudah dikemukakan sejak Jun lalu.
Zambry berkata, pihaknya hanya menyedari PESTANS masih belum menjadi ahli gabungan selepas Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail memintanya keluar ketika menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PSM, Sabtu lalu.
“Saya akui tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri mesyuarat itu, tetapi menerima jemputan menerusi laman sosial Facebook. Tetapi, saya agak terkilan dengan cara saya diminta keluar, malah beberapa ahli Majlis Tertinggi PSM juga menyuarakan kekesalan dengan tindakan itu.
“Apa pun, saya menegaskan penyertaan PESTANS sebagai ahli gabungan PSM adalah untuk membantu PSM membangunkan serta memajukan permainan tradisi ini, apa lagi, ketika ia berada dalam kemerosotan yang menuntut semua pihak bersatu memulih dan mengangkat martabat permainan ini semula.
“Malah, komitmen kami sudah terbukti dengan menghantar banyak regu menyertai pelbagai kejohanan termasuk anjuran PSM dengan pembiayaan sendiri,” katanya.
Zambry berkata, PESTANS adalah persatuan sepak takraw yang baru dihidupkan di Negeri Sembilan selepas persatuan lama sebelum ini tidak aktif sejak empat tahun lalu.
0 Komen