Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pekebun kecil RISDA NS terima dividen RM29.74j

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012

 

 

SEREMBAN 13 Ogos - Lebih 4,800 pekebun kecil di negeri ini mendapat durian runtuh selepas menerima dividen daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM29.74 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembayaran berkenaan dibuat kepada pekebun kecil dalam Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanaman Semula Komersil (TSK).
Tambah Mohamad, menerusi dividen itu jumlah dividen yang diterima para pekebun adalah dalam lingkungan RM4,000 hingga RM7,000 setiap seorang bergantung kepada keluasan tanah mereka.
"Sudah tentu ia merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan semua pekebun kecil di negeri ini menerima manfaat daripada apa yang mereka lakukan.
"Pemberian ini melibatkan jumlah besar sekali gus meringan beban para peserta ketika membuat persiapan Aidilfitri dan saya berharap mereka yang menerima durian runtuh ini berjimat ketika berbelanja," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Dividen RTBB, TSK dan Zakat RTBB Negeri Sembilan di Kolej Tafe dekat sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.
Pada majlis sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut menerima cek zakat daripada keuntungan terkumpul RTBB bernilai RM703,403 untuk diagihkan Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) kepada asnaf yang layak.
Beliau turut menyampaikan durian runtuh kepada seramai 46 Pemaju Masyarakat RISDA (PMR) melibatkan bayaran kenaikan dan tunggakan elaun sebanyak RM56,200.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abd. Razak Mansor; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.
Mohamad berkata, sudah tiba masanya golongan pekebun kecil merebut peluang bagi meningkatkan taraf hidup lebih berkualiti serta berpendapatan tinggi.
Kata beliau, RISDA sentiasa bersedia membantu dan berbincang dengan pekebun kecil yang menghadapi sebarang masalah atau keraguan.
"Saya memberi jaminan kerajaan negeri juga akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk menjayakan aktiviti RISDA di negeri ini supaya masyarakat pekebun kecil dapat menikmati impak positif daripada satu lagi projek pembangunan yang disalurkan kerajaan.
"Malah, kita menyarankan setiap DUN sama-sama menyokong program RISDA yang ternyata memberi peluang kepada orang ramai dan para pekebun memperoleh pendapatan lebih tinggi," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook